Pasaran Toyota Corolla Cross

Asia

Jepun

Corolla Cross bagi pasaran Jepun telah diperkenalkan pada 14 September 2021, dengan rupa muka hadapan yang berbeza berbanding model antarabangsa (yang kemudiannya dikongsi dengan Frontlander pasaran China dan Corolla Cross Hybrid S/SE/XSE pasaran Amerika Syarikat), lampu depan dan lampu belakang (yang kemudiannya dikongsi dengan model Eropah), dan logo hadapan "C" yang membawa maksud Corolla. Trim yang ditawarkan termasuk trim "X", G, S dan Z. Enjin petrol 1.8 liter 2ZR-FAE atau enjin petrol hibrid 2ZR-FXE 1.8 liter yang ditwarkan. Pacuan empat roda "E-Four" ditawarkan bagi kemudiannya. [17] Suspensi belakang bebas berbilang pautan adalah standard bagi model E-Four, manakala bumbung panoramik disediakan untuk trim yang lebih tinggi. [18] [19]

  • Corolla Cross Hibrid Z 2021 (ZVG11, Jepun)
  • Corolla Cross Z 2022 (ZSG10, Jepun)

Thailand

Corolla Cross untuk pasaran Siam telah dilancarkan pada 9 Julai 2020.[20] Trim yang ditawarkan ialah 1.8 Sport, Hybrid Smart, Hybrid Premium dan Hybrid Premium Safety. Trim Hybrid Premimum Safety dilengkapi dengan Toyota Safety Sense. Pada September 2021, Corolla Cross ditwarkan dengan pakej aksesori Modellista sebagai tambahan kepada varian sedia ada di Thailand. [21] Pada November 2021, trim GR Sport telah dilancarkan dengan rupa muka hadapan yang baharu. [22]

  • Corolla Cross Hybrid GR Sport 2021 (ZVG10, Thailand)
  • Corolla Cross Hyrbid Premium Safety 2021 dengan pakej Modellista (ZVG10, Thailand)

Brunei

Corolla Cross (dipasarkan sebagai "Toyota Cross") untuk pasaran Brunei telah dilancarkan pada 21 Ogos 2020. Ia hanya ditawarkan dengan enjin petrol 1.8 liter 2ZR-FE dalam gred Standard atau High. [23]

  • Corolla Cross Standard 2021 (Brunei)

Malaysia

Corolla Cross untuk pasaran Malaysia telah dilancarkan pada 25 Mac 2021. Trim yang ditwarkan 1.8 G dan 1.8 V. Kedua-dua trim ditawarkan dengan enjin 1.8 liter 2ZR-FE yang dilengkapi dengan transmisi boleh ubah berterusan (CVT). Trim V dilengkapi dengan Toyota Safety Sense. Kumpulan terawal model itu diimport dari Thailand, [24] manakala model pemasangan tempatan mula dijual bermula Oktober 2021 bersama-sama dengan pengenalan model hibrid. Versi hibrid telah dilancarkan pada 14 Januari 2022. [25]Penghantaran untuk semua model CKD bermula pada awal 2022. [26] [27] [28]

Indonesia

Corolla cross bagi pasaran Indonesia dilancarkan pada 6 Ogos 2020 dengan satu model enjin petrol dan hibrid.[29] Disebabkan jualan rendah, model petrol tidak lagi diedarkan di mana-mana pengedar bermula Ogos 2021.[30]

China

FAW Toyota menghasilkan Corolla Cross bagi pasaran China, sementara model kembarnya yang dikenali sebagai Frontlander dihasilkan dan dipasarkan oleh GAC Toyota. Kedua-dua Corolla Cross dan Frontlander diperkenalkan di Guahzhou Auto Show pada November 2021. Frontlander menggunakan penggayaan muka hadapan dan belakang Corolla Cross pasaran Jepun.[31] Kedua-dua mempunyai enjin M20A-FKS dan diletakkan sebagai SUV entry-level bagi Toyota dengan harga lebih rendah berbanding CHR/IZOA.[32]

  • Corolla Cross (China)
  • Frontlander (China)

Eropah

Corolla Cross akan mula dijual bermula tahun 2022 bagi bersaing dengan SUV Segmen-C yang lain.[33] Dibina di Jepun,[34] Corolla Cross Eropah dikuasakan oleh enjin hibird petrol M20A-FXS 2.0 liter dengan output kuasa bergabung sebanyak 146 kW (196 hp; 199 PS). Sebuah model All-Wheel Drive (AWD-i) boleh didapati dengan motor elektrik belakang yang menghasilkan 30.6 kW (41 hp; 42 PS).p PS|abbr=on|0}}. An all-wheel drive model (AWD-i) is available with an additional rear electric motor producing 30.6 kW (41 hp; 42 PS).[35] Ia dilengkapi lampu hadapan dan belakang Cross pasaran Jepun, termasuk juga bumbung panaromik, panel instumen 12.3 inci dan skrin paparan 10.5 inci.[36]

Amerika

Amerika Utara

Corolla Cross bagi pasaran Amerika Utara dikeluarkan pada 2 Jun 2021[37][15] Kenderaan pertama dibina di kilang Mazda Toyota Manafacturing USA di Hunstville, Alabama, produksi bermula 30 September 2021.[38] Pada asalnya, ia hanya boleh didapati dengan enjin M20A-FKS 2.0 liter bersama CVT "Direct Shift" K120, trim yang ditwarkan ialah L, LE dan XLE di Amerika Syarikat dan Kanada, dan trim LE di Mexico, dengan pilihan pacuan semua roda (AWD) bagi kedua-dua bekas pasaran.[39]

Model hibrid dengan pacuan semua roda standard mula diperkenalkan pada Jun 2022 untuk model tahun 2023. Dikuasakan oleh enjin petrol hibrid M20A-FXS 2.0 liter, trim yang ditawarkan ialah LE, XLE, S, SE dan XSE.[40] Trim S, SE dan XSE baru diperkenalkan untuk model tahun 2023, di mana ia menggunakan Corolla Cross pasaran Jepun dan reka bentuk muka hadapan Frontlander pasaran China serta dilengkapi dengan suspensi yang ditala untuk prestasi sukan.[41][42]

  • Corolla Cross L AWD 2022 (MXGA15, Kanada)
  • Corolla Cross L AWD 2022 (MXGA15,Kanada)

Afrika

Kenya

Corolla Cross dilancarkan di Kenya pada 18 November 2020 dan hanya ditawarkan dengan enjin petrol 2ZR-FE 1.8 liter dengan Trim Limited dan Executive sahaja.[43]

Afrika Selatan

Mula dijual pada November 2021 dengan trim Xi, XS dan XR.[44] DIhasilkan secara lokal di kilang Toyota South Africa Motors, ia ditawarkan dengan enjin petrol 2ZR-FE 1.8 liter atau enjin petrol hibrid 2ZR-FXE 1.8 liter.[45] Empat pakej badan ditawarkan, iaitu X-Over, Urban Sport, Adventure dan Hybrid. [46]

Oceania

Australia

Corolla Cross diumumkan bagi pasaran Australia bada Ogos 2022 dan mula dijual pada 12 Oktober 2022.[47] Corolla Cross bagi Austraia diimpot dari Jepun dan berkongsi reka bentuk badan sama dengan Corolla Cross pasaran Eropah, trim yang ditawarkan ialah GX, GXL dan Atmos dengan pilihan enjin petrol M20A-FKS 2.0 liter atau enjin petrol hibrid M20A-FXS 2.0 liter. Pacuan semua roda (AWD) ditawarkan bagi model hibrid.[48][49]

New Zealand

Corolla Cross bagi pasaran New Zealand mula dijual pada 13 Oktober 2022.[50] Sama seperti model Australia, ia diimpot dari Jepun dan memppunyai reka bentuk luaran seperti model Eropah. trim yang ditawarkan ialah GX, GXL dan Limited dengan pilihan enjin petrol M20A-FKS 2.0 liter atau enjin petrol hibrid M20A-FXS 2.0 liter. acuan semua roda (AWD) ditawarkan bagi model hibrid. [51][52]

Rujukan

WikiPedia: Toyota Corolla Cross http://www.headlightmag.com/sales-report-subcompac... http://files.gaikindo.or.id/ http://www.kuozui.com.tw/eng/thecars.aspx https://www.caradvice.com.au/864340/toyota-corolla... https://www.carexpert.com.au/car-news/2023-toyota-... https://www.drive.com.au/news/2023-toyota-corolla-... https://www.news.com.au/technology/motoring/new-ca... https://www.autoo.com.br/emplacamentos/veiculos-ma... https://m.online.sh.cn/auto/content/2021-09/25/con... https://thescoop.co/2020/08/22/toyota-cross-makes-...